Parti Keadilan Terengganu telah mengumumkan barisan jawatankuasa Majlis Pimpinan Negeri yang baharu sesi 2022 hari ini.

Diketuai oleh Naib Presiden Parti Keadilan, Nik Nazmi, beliau dibantu oleh Che Ku Hashim dari Cabang Besut sebagai Timbalan Pengerusi. Manakala Naib Pengerusi adalah Ahmad Nazri Yusof (Kemaman), Zainuddin Awang (Kuala Nerus) dan Wan Rahim (Setiu).

Manakala Setiausaha MPN adalah Othman Omar dari Cabang Dungun.

Senarai barisan kepimpinan kali ini menyaksikan ramai muka baharu sebagai pemimpin utama, manakala En.Azan Ismail yang sebelum ini Ketua MPN Terengganu, kekal sebagai Ketua Cabang Kuala Terengganu sekaligus sebagai ahli MPN.

Nama lama seperti Wan Bukhari, tidak ada dalam senarai kepimpinan baharu

Leave a Reply

Your email address will not be published.