Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad diumumkan sebagai penganti kepada En. Azan Ismail sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Negeri Terengganu.

Nik Nazmi dalam satu kenyataan mengucapkan terima kasih kepada Presiden Keadilan Sdr Anwar Ibrahim kerana memberi amanah sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) di Kelantan dan Terengganu.

“Ia merupakan salah satu amanah terawal saya sejak dipilih sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat. Sudah tentu menjadi pengerusi di dua negeri ini di mana Pakatan Harapan kalah semua kerusi pada PRU 2018 datang dengan pelbagai cabaran” tulis Nik Nazmi di Facebook beliau.
“Saya percaya rakyat Kelantan dan Terengganu berdepan pelbagai isu besar. Rakyat di sana juga ramai yang mahukan perubahan dan menunggu alternatif yang lebih baik.”
“Untuk menerima kepercayaan rakyat di Kelantan dan Terangganu, KEADILAN harus bekerja sebagai satu pasukan di kedua-dua negeri ini.”

Leave a Reply

Your email address will not be published.