Ketua Pemuda AMANAH Terengganu, Zamir Ghazali menyambut baik dan penuh syukur keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan kes penyelewengan oleh bekas Presiden UMNO, Dato Seri Najib Tun Razak pada hari ini.
Menurutnya penyelewengan yang dilakukan oleh Najib Razak adalah satu dosa yang cukup besar kepada rakyat dan negara.
“Ia adalah jenayah dan jenayah ini memberi akibat anak cucu semua bangsa menanggung hutang bertahun lama.
Demi kedaulatan undang-undang, menjadi satu ketidakadilan sekiranya penjenayah besar itu bebas tanpa kebertanggungjawaban.” tegas beliau
Menurutnya lagi, apa yang berlaku  (penjarakan Najib) adalah hasil usaha rakyat Malaysia yang memilih untuk menyokong Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke 14 lalu.
Menurutnya, mandat rakyat pada PH inilah yang memungkinkan Najib Razak diheret ke mahkamah.
Peristiwa besar ini menunjukkan bahawa setiap undi itu mampu untuk lakukan perubahan.
“Setiap undi kepada Pakatan Harapan pada tanggal 8 Mei 2018 ternyata cukup bermakna dan akhirnya; negara kita Malaysia, mendapat keadilan dan dikembalikan maruah sebagai sebuah negara berdaulat.”

Leave a Reply

Your email address will not be published.