Keputusan Mahkamah Persekutuan yang bersejarah yang mengekalkan sabitan bersalah kepada bekas Perdana Menteti dan Presiden UMNO, Dato Seri Najib Razak membuka suatu era baru dalam sejarah Malaysia di mana tiada pihak walau betapa berpengaruh dirinya, dikecualikan dari tindakan undang undang, tulis Raja Bahrin dalam satu kenyataan.
Menurutnya lagi, Malaysia terlalu lama terkenal sebagai negara banyak terdapat penjenayah golongan VIP pihak berkuasa tanpa di hukum dan era ini mesti berakhir.
“Suatu ‘political will’ – azam politik, mesti hadir untuk meneruskan usaha mulia ini, dengan hasrat untuk membina semula Malaysia dari keruntuhan integriti serta amanah, yang telah memusnahkan imej negara begitu lama.”
“Kes DS Najib Razak bukan sepatutnya dijadikan contoh semata mata, tetapi ianya mesti dijadikan permulaan era baru dengan usaha berterusan memulihkan semula negara menjadi sebuah negara yang bermaruah dan berdaulat.”
Tegas Raja Bahrin, Jika itu tidak berlaku, keputusan bersejarah memenjarakan seorang bekas Perdana Menteri negara menjadi sia sia sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published.