Pengerusi AMANAH Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah melahirkan rasa terkilan setelah 11 peniaga ayam di Pasar Chabang Tiga, Kuala Terengganu disaman oleh  pihak berkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu kerana menjual harga ayam diatas harga syiling ditetapkan oleh kerajaan.

.

Menurut Raja Bahrin, walaupun penjual menjual pada harga lebih dari ditetapkan, namun kerajaan perlu mengambil kira kos pemgambilan ayam terbabit iaitu hanya memberi keuntungan RM0.20 sekilo kepada peniaga sekiranya harga tersebut digunapakai.

.

“KPDNHEP dan kerajaan menetapkan harga siling ayam segar RM8.90 sekilo dan mengikut penjual, pembekal yang menjual dengan harga sekitar RM8.70 bermakna mereka hanya dapat ‘keuntungan’ sebanyak 20 sen sekilo dan setelah menanggung kos pengangkutan, tenaga pekerja dan kos plastik membungkus, tidak dapat apa apa keuntungan.” tulis Raja Bahrin dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

.

Terdahulu, peniaga ayam di Pasar Chabang Tiga telah dikompaun sebanyak RM500 seorang kerana engkar ketetapan pihak kerajaan untuk menjual ayam pada harga RM8.90 per kilo. Peniaga telah membayar secara tunai kompaun terbabit yang mana menurut Raja Bahrin satu nilai yang tinggi.

.

“Di bulan ramahan yang mulia ini, penjual kecil menuntut keadilan di atas masalah mereka yang baru mula boleh bernafas semula sedikit tetapi dikenakan kompaun RM500 ia itu dengan keuntungan 20 sen harga ayam RM 8.90 sekilo.” tulis Raja Bahrin

.

“Mereka perlu menjual 2,500 kilo ayam berharga RM8.90 sekilo untuk menampung bayaran kompaun RM500 !” tambahnya lagi.

.

Raja Bahrin berpandangan pihak kerajaan perlu menyelesaikan masalah ini diperingkat punca dan tidak menghukum peniaga kecil yang baru boleh kembali bernafas

.

“Untuk berlaku adil masalah mesti di tangani di punca di peringkat atas bermula dengan pembekal utama dan jangan hanya penjual kecil terus menjadi kambing hitam mangsa kerajaan yang lemah.” tegasnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.